v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Persidangan Pemimpin Asia Timur yang Amat Bermanfaat dan Berhasil

2007-11-23 13:13:20 CRI

Menurut berita CRI, Siri Persidangan Pemimpin Asia Timur telah ditutup di Singapura semalam. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong selaku pemimpin kerajaan tuan rumah telah mengadakan sidang akhbar dan membuat kesimpulan tentang persidangan tersebut. Beliau berpendapat bahawa siri persidangan pemimpin Asia Timur kali ini amat bermanfaat dan berhasil.

Dalam sidang akhbar yang diadakan semalam, Lee Hsien Loong telah menyatakan bahawa beberapa perisytiharan dan perjanjian telah ditandatangani dalam persidangan tersebut.

"Matlamat kami adalah untuk meningkatkan integrasi ASEAN. Ini bersesuaian dengan rangka kerjasama rantau Asia. Kami telah menandatangani Piagam ASEAN dalam sidang kemuncak kali ini, meluluskan Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN untuk mewujudkan komuniti ekonomi pada tahun 2015. Sidang kemuncak kali ini juga telah meningkatkan hubungan kami dengan negara-negara rakan,"  katanya.

Dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13, Piagam ASEAN yang amat diberi tumpuan telah ditandatangani selepas dibincangkan selama hampir dua tahun. Piagam ASEAN telah menyenaraikan matlamat strategik untuk menubuhkan komuniti ASEAN dan telah membuat ketetapan tentang matlamat, prinsip, kedudukan dan rangka bagi pembangunan ASEAN. Piagam ASEAN juga membuat ketetapan baru tentang badan dan jadual ASEAN.

Jurucakap Sidang Kemuncak ASEAN kali ini, Andrew Tan ketika bercakap tentang erti Piagam ASEAN telah berkata: "10 buah negara anggota ASEAN telah menandatangani Piagam ASEAN. Ini merupakan titik perubahan yang penting bagi ASEAN. Piagam ASEAN akan membolehkan ASEAN menjadi sebuah pertubuhan yang lebih bersatu padu dan kecap. Ini merupakan batu penanda dalam pembangunan ASEAN selama 40 tahun. Ini menandakan bahawa kerjasama antara negara-nengara anggota ASEAN telah berkembang daripada bidang politik kepada bidang-bidang yang lain. Asas kerjasama tersebut merupakan tonggak keselamatan politik, ekonomi dan sosiobudaya."

Dalam sidang kali ini, pemimpin 10 buah negara anggota ASEAN juga telah menandatangani Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN. Menurut dokumen tersebut, menjelang tahun 2015, di kawasan ASEAN, pasaran yang bersepadu dan pangkalan pengeluaran akan dibentuk, pengaliran bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan dan pekerja teknikal akan dicapai, manakala pengaliran modal akan lebih bebas.

Selain itu, dalam Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-3, Perdana Menteri China, Wen Jiabo dan pemimpin-pemimpin negara anggota ASEAN, Jepun, Republik Korea, Australia, India dan New Zealand telah menandatangani Deklarasi Singapura mengenai Perubahan Iklim, Sumber Tenaga dan Alam Sekitar. Deklarasi tersebut telah menyatakan keazaman pelbagai negara untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang tersebut.

Lee Hsien Loong menyatakan bahawa pemimpin pelbagai negara telah berjanji akan menjalankan kewajipan dan tanggungjawab untuk menghadapi perubahan iklim. 

"Kami telah mengadakan perbincangan tentang sumber tenaga, alam sekitar dan perubahan iklim. Pelbagai negara telah menyatakan akan berusaha untuk menyelesaikan masalah sumber tenaga, alam sekitar dan perubahan iklim,"  katanya.

Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-3 telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Bekerjasama untuk Mewujudkan Pembangunan yang Berterusan". Beliau menyatakan bahawa kerajaan China telah melaksanakan siri tindakan dan dasar untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau berdasarkan konsep pembangunan saintifik dan telah mencapai kemajuan yang penting. Beliau menegaskan lagi bahawa China akan memikul tanggungjawab dan kewajipan yang sewajar berdasarkan konvensyen dan protokol berkenaan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |