Bandar Tianjin merupakan bandar terbuka yang terbesar di pantai bahagian utara China. Bandar itu turut merupakan pusat ekonomi dalam zon kawasan pesisir Laut Bohai. Perlindungan alam sekitar di bandar Tianjin memainkan peranan yang penting dalam perlindungan ekologi di teluk Laut Bohai. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Tianjin telah melaksanakan 6 buah projek untuk melindungi alam sekitar dan telah mencapai hasil yang menggalakkan.
Tianjin merupakan bandar perindustrian yang terbesar di kawasan pesisir Laut Bohai. Kebanyakan air kumbahan daripada bandar itu mengalir ke laut Bohai. Pengawalan air kumbahan dari bandar itu amat penting bagi perlindungan alam sekitar di Laut Bohai.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan bandar Tianjin telah mengambil pelbagai langkah untuk mengawal pencemaran air dan udara dan amat berhasil. Naib Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Bandar Tianjin, Encik Cui Yucheng berkata: "Pelbagai badan yang berkenaan memikul tanggungjawab masing-masing. Bandar kami telah melaksanakan beberapa projek yang besar untuk mengurangkan jumlah pelepasan pencemaran. Beberapa buah loji janakuasa elektrik di bandar kami telah memasang kelengkapan pendesulfuran pada akhir tahun yang lalu agar mengurangkan jumlah pelepasan sulfur dioksida."
Kilang Pembuatan Permesinan Kenderaan Tianjin merupakan sebuah perusahaan besar yang dimiliki oleh kerajaan. Kilang itu telah mengaitkan pengurangan jumlah pelepasan pencemaran, dan penjimatan sumber tenaga dengan pembangunan persekitaran ekologi. Ruang kilang tersebut seperti sebuah taman bunga. Ketua Pengarah kilang itu, Encik Zong Baoquan berkata: "Melainkan air untuk minum dan mandi, kami telah menggunakan air hujan sebagai bekalan air dalam pengeluaran di kilang kami. Pada masa dahulu, kilang kami mempunyai sebuah dandang berkapasiti 10 tan yang beroperasi sepanjang tahun. Pada masa sekarang, kami telah memusnahkan dandang itu untuk mengurangkan pelepasan pencemaran dan kos pengeluaran. Kami telah menggunakan kepanasan sampingan daripada proses pengeluaran untuk pemanasan di kilang kami."
Encik Zong Baoquan menyatakan bahawa kilang itu berusaha menjimatkan sumber air dan menggunakan air yang dikitar semula. Keberkesanan ekonomi daripada tindakan-tindakan tersebut telah digunakan untuk membaharui teknologi dan meningkatkan kebajikan pekerja. Boleh dikatakan, pelbagai pihak termasuk negara, kilang dan pekerja telah mendapat manfaat daripada tindakan-tindakan tersebut.
Loji Rawatan Air Kumbahan Jizhuangzi merupakan loji rawatan air kumbahan yang terbesar di bandar Tianjin. Loji tersebut dimiliki Syarikat Perlindungan Alam Sekitar Tianjin. Ketua Pengarah syarikat itu, Encik Gu Qifeng menyatakan bahawa Tianjin telah mencapai kemajuan yang besar dalam teknologi dan keefisinan pemprosesan air kumbahan pada tahun-tahun kebelakangan ini. Beliau berkata: "Teknologi yang digunakan oleh loji kami memenuhi tuntutan daripada piawaian kerajaan. Pada masa sekarang, loji kami boleh memproses air kumbahan dari seluruh bandar Tianjin."
Selain itu, kerajaan Tianjin telah mengambil pelbagai langkah untuk mencegah pencemaran udara. Badan perlindungan alam sekitar Tianjin telah menggesa pelbagai loji janakuasa eletrik di seluruh bandar itu mengadakan pembaharuan terhadap teknologi untuk mengurangkan jumlah pelepasan sulfur dioksia.
Pegawai kerajaan Tianjin menyatakan bahawa pengawalan pencemaran, pengurangan pelepasan serta pembangunan bandar ekologi merupakan kerja yang amat penting bagi kerajaan bandar itu. Tianjin akan mengembangkan ekonominya berasaskan perlindungan alam sekitar.
|