v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bandar Shanghai Tumpukan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Moden

2007-11-27 15:40:45 CRI

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bandar Shanghai telah mempercepat langkah penyusunan semula struktur perindustrian dan memberi tumpuan terhadap pembangunan sektor perkhidmatan moden. Sehingga kini, bandar Shanghai telah berjaya menyediakan platform perkhidmatan yang memanfaatkan pembangunan ekonomi di kawasan Delta Sungai Yangtze dan menyasarkan pasaran seluruh negara bahkan dunia.

Melalui pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu, Shanghai telah mengekalkan perkembangan sosioekonomi yang berterusan dan pesat. Nilai pengeluaran industri tahunan bandar Shanghai menduduki 10% daripada jumlah itu di seluruh negara China. Walau bagaimanapun, bandar itu perlu memberi tumpuan terhadap penyusunan semula struktur perindustrian serta mengubah cara pembangunan ekonominya untuk mewujudkan pembangunan seimbang. Oleh itu, kerajaan Shanghai telah memperkenalkan dasar untuk menggalakkan pembangunan sektor perkhidmatan moden, menarik koperasi perkhidmatan transnasional menubuhkan cawangannya di Shanghai di samping menggalakkan koperasi tempatan mengubah arah perkembangannya kepada sektor perkhidmatan moden.

Syarikat WuXi PharmaTech merupakan sebuah syarikat perkhidmatan tipikal di Shanghai. Syarikat itu menawarkan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) makmal serta pengeluaran kepada syarikat pengeluaran ubat-ubatan luar negara. Pengerusi Lembaga syarikat itu, Encik Li Ge memaklumkan bahawa 19 antara 20 buah syarikat pengeluaran ubat-ubatan yang terbesar di dunia ialah pelanggan syarikatnya dan perolehan syarikat itu mencatat satu bilion yuan RMB setahun. Beliau berkata:

"Syarikat kami tidak menerokai produk sendiri. Kami membantu pelanggan menyelidik ubat-ubatan yang baru, mengurangkan kos penyelidikan dan pembangunannya serta mempromosikan ubat-ubatan itu ke pasaran dengan secepat mungkin."

Di samping menyokong pembangunan koperasi perkhidmatan, bandar Shanghai juga telah membina taman industri perkhidmatan moden. Kawasan pemprosesan produk eksport Jin Qiao merupakan kawasan pengeluaran dan pemprosesan produk industri sains dan teknologi tinggi. Nilai pengeluaran bagi setiap kilometer persegi di kawasan itu berjumlah lebih 10 bilion yuan RMB setahun. Dimaklumkan bahawa pihak pengurusannya merancang untuk menawarkan 20 hingga 25 peratus keluasannya untuk membina taman industri perkhidmatan moden.

Dengan pelaksanaan langkah-langkah tersebut, sektor perkhidmatan moden di Shanghai berkembang dengan pesat dan mapan. Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Bandar Shanghai, Encik Guo Yu menyatakan bahawa nisbah nilai pengeluaran perkhidmatan seperti kewangan, hartanah, insurans, pengangkutan dan lain-lain dalam jumlah ekonomi bandar Shanghai semakin meningkat. Namun disebabkan kos penggunaan tanah dan tenaga manusia kian hari kian meningkat, industri pembuatan intensif buruh telah berpindah ke kawasan luar bandar. Encik Guo berkata:

"Pada awal tahun ini, Dewan Negara China telah memperkenalkan peraturan untuk mengembangkan sektor perkhidmatan. Menurut peraturan itu, kadar pertumbuhan perindustrian ketiga di bandar besar dan sederhana mesti melebihi kadar pertumbuhan KDNK dan perindustrian kedua bandar itu menjelang tahun 2010. Pada Januari hingga September tahun ini, perindustrian ketiga Shanghai telah mewujudkan kadar pertumbuhannya sebanyak 14.9% dan angka itu telah melampaui kadar pertumbuhan KDNK dan sektor perindustrian."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |