Menurut rencana Agensi Berita Xinhua hari ini, China harus memainkan peranan asas pasaran dalam pembahagian sumber secara sistematik dengan lebih baik.
Rencana itu berkata, semasa menyebut penyempurnaan sistem ekonomi pasaran sosialisme, laporan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China (CPC) menegaskan, China "harus memainkan peranan asas pasaran dalam pembahagian sumber secara sistematik dengan lebih baik". Ini merupakan kesimpulan terhadap pembaharuan sistem ekonomi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan tuntutan baru terhadap peranan pasaran dalam pembahagian sumber berdasarkan sistem ekonomi pasaran sosialisme.
Rencana itu berbunyi, laporan Kongres Kebangsaan ke-17 CPC menegaskan "China harus memainkan peranan asas pasaran dalam pembahagian sumber secara sistematik dengan lebih baik", maksudnya adalah untuk mempergunakan pengalaman yang berkesan dan menjadikannya sebagai asas yang menjamin sistem ekonomi pasaran sosialisme China beroperasi secara stabil dan sihat.
|