v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Forum Peringkat Tinggi Keselamatan Makanan Antarabangsa Luluskan Perisytiharan Beijing

2007-11-28 13:36:24 CRI

Forum Peringkat Tinggi Keselamatan Makanan Antarabangsa telah ditutup di Beijing semalam. "Perisytiharan Beijing mengenai Keselamatan Makanan" telah diluluskan dalam forum tersebut. Perisytiharan tersebut menyeru pelbagai negara agar meningkatkan kerjasama dan pertukatan maklumat dalam bidang keselamatan makanan dan menggesa mereka supaya membentuk sistem penyeliaan terhadap keselamatan makanan, meningkatkan kemampuan dalam bidang memjamin keselamatan makanan.

Forum tersebut merupakan kali pertama China menyelenggarakan forum antarabangsa peringkat tinggi mengenai keselamatan makanan. Lebih 600 orang wakil dari pelbagai negara, antaranya termasuk hampir 30 orang pegawai peringkat menteri telah menghadiri forum tersebut. Kini, pelbagai negara telah menyedari bahawa keselamatan makanan merupakan masalah yang sensitif, serius dan rumit. Dengan latar belakang sedemikian, jabatan berkenaan kerajaan China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah bersama-sama menganjurkan forum tersebut. Melalui perbincangan dan pertukaran pendapat selama dua hari, para peserta telah mencapai kata sepakat untuk meluluskan "Perisytiharan Beijing mengenai Keselamatan Makanan"

Dalam perisytiharan tersebut ditegaskan bahawa pelbagai negara harus berkongsi pengalaman dan menjalankan kerjasama berhubung masalah keselamatan makanan. Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Pengawasan dan Pemeriksaan Kualiti serta Kuarantin Negara China, Li Changjiang berkata:

"Para peserta dari pelbagai negara telah mencapai persepakatan yang meluas, iaitu kita harus meningkatkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam bidang keselamatan makanan, bersama-sama menangani masalah tersebut. Salah satu hasil penting dalam forum ini ialah 'Perisytiharan Beijing'. Para peserta berpendapat bahawa perisytiharan tersebut akan menjadi prinsip penting bagi kita untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama."

Serentak dengan itu, perisytiharan tersebut juga menggesa semua negara supaya membentuk sistem penyeliaan terhadap keselamatan makanan dan meningkatkan kemampuan untuk menjamin keselamatan makanan. Dalam perisytiharan tersebut dinyatakan bahawa kerajaan pelbagai negara harus menubuhkan jabatan pentadbiran keselamatan makanan agar menjalankan pengawasan dan pengurusan terhadap proses pengeluaran, penjualan makanan dan lain-lain; menetapkan undang-undang keselamatan makanan yang sejajar dengan piawaian antarabangsa dan melaksanakan undang-undang itu secara berkesan; membentuk jaringan pengawasan keselamatan makanan serta mekanisme meninjau kembali dan memanggil balik yang berkeefisienan tinggi dan lain-lain.

Dalam perisytiharan tersebut juga dinyatakan bahawa menjamin keselamatan makanan merupakan tanggungjawab kerajaan. Akan tetapi tugas itu tidak dapat hanya tergantung kepada kerajaan. Menteri Kesihatan China, Chen Zhu berkata:

"Meningkatkan pengurusan terhadap keselamatan makanan merupakan tindakan kerajaan pelbagai negara yang bertanggungjawa terhadap rakyat. Akan tetapi, pewujudan matlamat kerajaan itu harus menggunakan sumber dalam pelbagai kalangan masyarakat, iaitu mempromosi pengetahuan tentang pentingnya keselamatan makanan terhadap golongan pengguna, meningkatkan kesedaran pelbagai perusahaan berkenaan tentang tanggungjawab, undang-undang serta kejujuran."

"Perisytiharan Beijing" telah mendapat sambutan baik daripada para peserta forum itu. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Makanan WHO, Jorgen Schlundt menyatakan bahawa "Perisytiharan Beijing" bermakna penting. Beliau berkata:

"Para peserta telah mencapai kata sepakat bahawa masalah keselamatan makanan merupakan masalah sejagat. Masalah tersebut berlaku di negara membangun ataupun negara maju. Perbezaan kekerapan berlakunya kejadian keselamatan makanan di pelbagai negara bukan masalah kunci, yang lebih penting adalah mencari cara untuk menyelesaikan masalah ini. 'Perisytihatan Beijing' telah memberi bimbingan kepada kita."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |