Provinsi Jilin yang terletak di timur laut China merupakan pangkalang industeri utama dan juga merupakan salah sebuah provinsi yang mempunyai banyak perusahaan milik negara di China. Sejak China melaksanakan strategik pembangunan kawasan timur laut China pada tahun 2003, provinsi Jilin telah meningkatkan pembaharuan perusahaan milik negara dan berkembang berdasarkan inovasi.
Kilang Pengeluaran Kenderaan Pertama China merupakan salah sebuah perusahaan milik negara di provinsi Jilin China. Kini, perusahaan itu telah melaksanakan pembaharuan sistem bersaham dan menubuhkan Kumpulan Kenderaan Pertama China. Banyak institusi dalam perusahan itu telah menjadi cawangan syarikat yang beroperasi dengan bebas.
Syarikat Teknologi Maklumat Qiming Sdn. Bhd. Merupakan salah sebuah syarikat seumpama itu. Syarikat Qiming itu bekerjasama dengan institut pengajian sains dan teknologi pada 2001 dan meneroka sistem PDM yang mempunyai harta intelek sendiri melalui usaha selama dua tahun. Teknologi itu bukan sahaja menjimatkan kos sejumlah puluhan juta bagi perusahaan pengeluaran kenderaan di dalam negara China, tetapi juga mendatangkan pendapatan yang besar kepada Syarikat Qiming itu. Pengarah Syarikat Qiming Encik Cheng Chuanhai menyatakan bahawa: "Perkembangan sesebuah perusahan harus bergantung kepada penciptaan teknologi dan produk yang baru. Ini merupakan perkara yang amat penting. Kita harus menggunakan kelebihan sendiri untuk mengatasi kekurangan dan menggabungkan hasil pengajian dan pengeluaran."
Berbandingan dengan Syarikat Teknologi Maklumat Qiming Sdn. Bhd., Syarikat Sains dan Teknologi Tianyao Jilin China Bhd. juga turut berkembang berdasarkan inovasi. Perubatan tradisional China sukar untuk memasuki pasaran antarabangsa sebab cara analisis bahan dalam ubat herba China tidak selaras dengan cara itu dalam ubat-ubatan Barat. Perkara itu juga tidak berfaedah bagi perkembangan syarikat itu. Sehubungan dengan itu, mereka menjalankan pengajian terhadap penyelarasan antara cara analisis bahan berkesan dalam ubat herba China dengan standard antarabangsa. Cara analisis baru yang dicipta oleh mereka telah mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara pada tahun 2002. Melalui perkembangan selama beberapa tahun, faedah Syarikat Sains dan Teknologi Tianyao itu telah meningkat dengan besar. Pengarah syarikat itu Puan Qv Lianqin menyatakan bahawa: "Saya berpendapat bahawa perkara yang penting ialah penciptaan baru. Industri lama juga boleh memasuki pasaran antarabangsa, itulah arah perkembangan syarikat kami pada masa depan."
Profesional Li Dechang yang pernah menyertai projek penciptaan Syarikat Qiming tersebut telah menyertai banyak projek penyelidikan peringkat negara pada beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau mendapati tenaga pendorong baru bagi pangkalan industeri lama timur laut China. Beliau berkata: "Mementingkan penciptaan sains dan teknologi sendiri, perusahaan baru dapat mencapai perkembangan. Pembangunan kawasan timur laut China juga harus bergantung kepada penciptaan baru."
|