v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Chong Qing Giat Selesaikan Masalah Pendidikan Kanak-kanak Kampung yang Ibu Bapa Mereka Bekerja di Tempat Lain
2007-12-05 15:09:39 CRI

Menurut berita CRI, kerajaan bandar Chongqing China telah berusaha gigih untuk menyelesaikan masalah pendidikan yang dihadapi oleh kanak-kanak kampung yang ibu bapa mereka bekerja di luar dan membantu kira-kira 1.1 juta orang kanak-kanak golongan tersebut menerima pendidikan yang bermutu.

Suruhanjaya Pendidikan Bandar Chongqing memaklumkan bahawa kerajaan pelbagai distrik dan kaunti telah mendapat cara yang berkesan bagi menyelesaikan masalah pendidikan yang dihadapi oleh kanak-kanak kampung yang ibu bapa mereka bekerja di luar, antaranya termasuk membina sekolah berasrama, menetapkan seorang ibu atau bapa sementara untuk setiap kanak-kanak dan memberi bantuan sedaya upaya kepada mereka.

Pegawai Suruhanjaya Pendidikan Bandar Chongqing menyatakan bahawa kerajaan teah menubuhkan badan khas untuk menggembleng tenaga daripada pelbagai kalangan masyarakat bagi menyelesaikan masalah pendidikan yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak tersebut dan menyempurnakan mekanisme-mekanisme bantuan yang sedia ada.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |