Sidang Kerja Ekonomi Tahunan Kerajaan Pusat China telah dirasmikan di Beijing pada 3 hingga 5 Disember lalu. Sidang tersebut telah membincangkan dan menggubal dasar ekonomi makro China yang akan dilaksanakan pada tahun depan dan mengemukakan bahawa tugas utama dalam kawalan ekonomi makro China tahun depan adalah mencegah pertumbuhan ekonomi yang terlalu cepat dan berlakunya inflasi.
Dengan demikian, China akan melaksanakan dasar mata wang yang ketat dan membatalkan dasar mata wang yang agak stabil yang sudah dilaksanakan selama 4 tahun.
Pada tahun 2007, ekonomi China terus berkembang pesat dan Keluaran Dalam Negara Kasar China diramalkan meningkatkan kira-kira 1.5% berbanding tahun lalu. Bagaimanapun, pelaburan terhadap aset tetap meningkat terlalu cepat, pinjaman kewangan bank dikeluarkan terlalu banyak dan lebihan dagangan terlalu besar, selain itu, China tetap menghadapi situasi yang serius dalam usaha menjimatkan penggunaan sumber tenaga dan mengurangkan pelepasan pencemaran.
Pada tahun 2007, China menghadapi tekanan yang semakin besar dalam mengawal inflasi. Setakat bulan Oktober 2007, kadar peningkatan indeks harga penggunaan penduduk China telah melebihi 6% berturut-turut dalam tempoh 3 bulan yang lalu berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menyentuh masalah-masalah yang wujud dalam ekonomi China pada masa sekarang, Sidang Kerja Ekonomi Kerajaan Pusat China mengemukakan bahawa tugas utama dalam kawalan makro ekonomi iaitu mencegah ekonomi daripada bertumbuh terlalu cepat dan berlakunya inflasi yang diakibatkan penaikan harga barangan. Selain itu, China juga perlu mengawal jumlah keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar, menstabilkan harga barangan, menyusun semula struktur ekonomi dan mengimbangkan perdagangan luar.
Sidang tersebut memutuskan bahawa sejak tahun depan, China akan melaksanakan dasar kewangan yang stabil dan dasar mata wang yang ketat. Ini bermaksud bahawa China akan buat pertama kalinya membuat perubahan besar terhadap dasar kawalan makro setelah pelaksanaan dasar kewangan dan dasar mata wang yang stabil pada tahun 2004.
Sidang tersebut menunjukkan bahawa peranan penting dasar mata wang akan dimainkan selanjutnya dalam kawalan makro pada tahun depan. Kerajaan China akan meningaktkan kawalan terhadap jumlah keseluruhan pinjaman kewangan bank, menyusun semula permintaan keseluruhan sosial, membaiki keseimbangan pendapatan dan belanjaan antarabangsa, memelihara kestabilan dan keselamatan operasi kewangan, mengontrol jumlah projek pembinaan baru, mencegah peningkatan semula jumlah pelaburan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada taraf yang rasional.
Demi mengendalikan inflasi dan mengurangkan pengaruh negatif akibat kenaikan harga barangan terhadap kehidupan penduduk, sidang kerja tersebut juga mengemukakan tuntutan untuk mengambil tindakan bagi mengawal kenaikan harga barangan yang terlalu cepat, meningkatkan pengeluaran barangan harian seperti bahan makanan, minyak tumbuhan-tumbuhan dan daging, meningkatkan penyeliaan terhadap harga barangan serta pengurusan terhadap pasaran dan menyempurnakan sistem pemberian subsidi kepada penduduk yang berpendapatan rendah.
Sidang kali ini juga menetapkan tugas pekerjaan ekonomi tahun depan dalam pelbagai bidang inovasi, pembangunan secara selaras antara pelbagai kawasan, pelaksanaan dasar buka pintu, pembaharuan sistem ekonomi dan pembangunan sosial.
----DAZHONG
|