v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jiangsu China Cari Saluran Baru bagi Bangunkan Kawasan secara Selaras

2007-12-13 16:14:54 CRI

Provinsi Jiangsu yang terletak di bahagian timur China merupakan salah sebuah provinsi yang ekonominya berkembang pesat di China. Tetapi, jurang perbezaan pertumbuhan ekonomi antara pelbagai tempat di provinsi itu agak luas. Kawasan utara Jiangsu yang keluasannya menduduki separuh daripada keseluruhan keluasan Jiangsu dan penduduknya menduduki 2/5 daripada populasi Jiangsu hanya mempunyai 1/5 daripada jumlah ekonomi provinsi tersebut. Dengan demikian, Jiangsu giat mencari saluran baru bagi membangunkan pelbagai kawasannya secara selaras, iaitu membangunkan ekonomi kawasan utara menerusi pembinaan taman industri bersama-sama oleh kawasan maju dan kawasan mundur.

Pada penghujung tahun 2006, bandar Suzhou di selatan Jiangsu telah bekerjasama dengan bandar Suqian di utara untuk bersama-sama membina Taman Industri Suzhou-Suqian dengan peruntukan sejumlah 300 juta yuan RMB. Naib Datuk Bandar Suqian, Encik Shen Xiaoying memaklumkan bahawa mereka telah menimba pengalaman Taman Industri Suzhou dan menetapkan rancangan pembangunan yang sempurna. Beliau berkata:"Taman Industri Suqian itu mengutamakan penarikan pelaburan dalam bidang elektronik, mesin-mesin, bahan baru, sumber tenaga baru dan sebagainya. Struktur perindustrian taman tersebut menduduki tempat terdepan di kawasan utara Jiangsu."

Shen Xiaoying berharap agar melalui penimbaan pengalaman Taman Industri Suzhou, kelebihan Suqian yang lalu lintasnya mudah dan modal insannya kaya dapat digunakan dengan sebaik-baiknya supaya mendorong pertumbuhan ekonomi bandar itu.

Untuk menyokong perkembangan Taman Industri Suzhou-Suqian, Taman Industri Suzhou telah memperuntukkan modal dalam jumlah yang besar, menghantar pasukan pentadbir ke Suqian dan menawarkan kursus latihan kepada pegawai-pegawai kerajaan Suqian. Selain itu, Taman Industri Suzhou juga telah menggalakkan pedagang supaya melabur di Suqian.

Encik Shen Xiaoying yang pernah terlibat dalam pembinaan dan pembangunan Taman Industri Suzhou menyatakan bahawa di samping menimba pengalaman Taman Industri Suzhou mengenai penarikan modal, Taman Industri Suzhou-Suqian juga akan berusaha dengan sedaya upaya untuk melindungi alam sekitar. Katanya:"Selain mempercepat proses pengindustrian, kami juga mengambil berat terhadap perlindungan persekitaran Suqian. Loji rawatan air kumbahan akan dibina. Selain itu, projek-projek yang akan mengakibatkan pencemaran serius juga tidak dibenarkan untuk dibina di Suqian. "

Sekarang, kerjasama antara Suzhou dengan Suqian amat berhasil. Sejumlah besar perusahaan Suzhou telah membuka cawangan mereka di Suqian. Berdasarkan statistik kerajaan bandar Suqian, sehingga bulan Oktober tahun ini, perusahaan-perusahaan Suzhou telah melabur dalam lebih 270 buah projek yang nilainya melebihi 5 juta yuan RMB di Suqian, dan nilai kontraknya telah mencatat 13 bilion yuan RMB. Syarikat Bahan Pembinaan Tianhai Jiangsu Berhad telah memutuskan untuk membuka kilang baru di Suqian. Pengurus syarikat itu, Encik Li Hui berkata, pasaran Suqian amat berpotensi dan perkhidmatan kerajaan Suqian juga agak sempurna."Lalu Lintas di Suqian amat mudah dan kedudukannya sangat baik. Selain itu, kos bahan mentah di sana lebih rendah dan sumber manusia lebih kaya lagi murah, malahan kos logistik juga sangat rendah. Pelaburan di Suqian amat berpotensi. Kerajaan tempatan juga telah menyediakan keutamaan pelaburan dan perkhidmatan yang sempurna kepada kami."

Difahamkan bahawa selain bandar Suqian, bandar-bandar yang lain di utara Jiangsu juga sedang bekerjasama dengan bandar-bandar maju di selatan untuk bersama-sama mendorong pertumbuhan ekonomi Jiangsu secara selaras.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |