v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perkhidmatan Pengangkutan di Beijing semasa Sukan Olimpik akan Terjamin

2007-12-14 14:23:27 CRI

Menjelang Sukan Olimpik 2008, keadaan lalu lintas di Beijing telah menjadi tumpuan perhatian umum. Naib Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Bandar Beijing, Encik Liu Xiaoming dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Penerangan Olimpik Beijing semalam menyatakan bahawa perkhidmatan pengangkutan di Beijing akan terjamin semasa Sukan Olimpik 2008 dengan mengambil langkah-langkah termasuk mengutamakan pembangunan sistem pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Beijing sekarang.

Encik Liu Jianjun, seorang pemandu teksi Beijing memberitahu pemberita kami bahawa dia sudah biasa dengan kesesakan lalu lintas di Beijing."Saya sering terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan sudah biasa dengan perkara itu."

Sama seperti Encik Liu, kebanyakan orang Beijing sentiasa menghadapi masalah kesesakan lalu lintas. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah kenderaan di Beijing telah meningkat ketara, kini mencatat 3 juta buah daripada sejuta pada tahun 1997. Ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang semakin serius di Beijing.

Encik Liu Xiaoming dalam sidang akhbar tersebut menyatakan bahawa kerajaan Beijing akan terus mengutamakan pembangunan pengangkutan awam dan meningkatkan peruntukan kepada pengangkutan awam supaya mengurangkan kesesakan lalu lintas. Menurut beliau, Beijing akan mempercepat pembinaan sistem pengangkutan awam pada masa depan. Sebelum Sukan Olimpik 2008, terdapat banyak laluan berlandasan akan mula beroperasi di Beijing. Katanya:"Pada tahun depan, kami akan mempercepat pembinaan laluan khas untuk bas, sementara itu menyempurnakan kemudahan bagi memudahkan perjalanan pengguna pengangkutan awam antara bas atau kereta dengan kereta api bawah tanah."

Liu Xiaoming juga telah menyatakan bahawa untuk menyelesaikan masalah ketidakseimbangan penggunaan pelbagai laluan pada waktu sibuk, Beijing akan giat membangunkan sistem pengangkutan pintar bagi meningkatkan kecekapan pengangkutan.

Dijangka bahawa semasa Sukan Olimpik 2008, Beijing akan menerima lebih kurang 600 ribu orang atlet, pegawai sukan dan pengunjung dari pelbagai negara. Liu Xiaoming berkata, untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada atlet dan pengunjung dalam dan luar negara, Beijing akan mengambil pelbagai langkah yang berkesan untuk menjamin sistem pengangkutan beroperasi dengan lancar semasa Sukan Olimpik. Liu Xiaoming menyatakan:"Selain menyusun jadual waktu perkhidmatan sistem pengangkutan awam dengan agenda acara pertandingan, kami juga merancang untuk membuka 34 laluan bas untuk Sukan Olimpik."

Beliau juga memaklumkan bahawa semasa Sukan Olimpik, Beijing juga akan menambah laluan bas pada waktu malam untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan yeng lebih baik kepada pengunjung dari dalam dan luar negara serta penduduk Beijing. Selain itu, waktu perkhidmatan laluan berlandasan dan teksi di Beijing juga akan diubahsuai mengikut agenda acara pertandingan temasya Sukan Olimpik.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |