v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berusha Meningkatkan Reputasi Barangan Buatan China

2007-12-17 16:02:01 CRI

Baru-baru ini, produk-produk yang dikeluarkn oleh lebih 1,300 buah perusahaan China telah memperoleh kelayakan bebas pemeriksaan negara. Pegawai yang bertanggungjawab atas kualiti barangan buatan China menyatakan bahawa pelaksanaan sistem bebas pemeriksaan kualiti produk merupakan tindakan bagi meningkatkan kesedaran pihak pengilang terhadap peningkatan kualiti produk dan kejujuran mereka dalam perniagaan Perusahaan yang mendapat kelayakan bebas daripada pemeriksaan itu perlu terus berusaha meningkatkan kualiti produk dan menyempurnakan perkhidmatan mereka agar memastikan reputasi barangan "buatan China" terpelihara baik di pasaran antarabangsa.

Menurut Menteri Pentadbiran Am Pengawasan dan Pemeriksaan Kualiti serta Kuarantin Negara China, Encik Li Changjiang bahawa perusahan-perusahaan yang mendapat kelayakan bebas daripada pemeriksaan itu telah mewakili arus perdana bagi perusahaan China dan berjaya memelihara reputasi barangan "buatan China" dengan baik di pasaran antarabangsa. Beliau berkata: "Kini, produk-produk dalam 196 kategori keluaran 4,273 buah perusahaan di seluruh negara telah mendapatkan kelayakan bebas pemeriksaaan, produk-produk itu telah menemuhi standard kualiti tertinggi barangan buatan China dan juga memperlihatkan imej dan daya persaingan perusahaan China."

Berdasarkan sistem bebas pemeriksaan terhadap kualiti produk yang mula diamalkan pada tahun 2000 di China, produk keluaran perusahaan China yang kualitinya sentiasa terjamin, kadar liputan pasarannya tinggi serta berjaya lulus pemeriksaaan badan pengawasan kualiti peringkat provinsi sebanyak tiga kali berturut-turut akan diberi kelayakan bebas pemeriksaan. Sistem itu telah menggalakkan perkembangan perusahaan secara pesat dan sihat dan juga meningkatkan daya persaingan perusahaan China.

Menteri Pentadbiran Am Pengawasan dan Pemeriksaan Kualiti serta Kuarantin Negara China, Encik Li Changjiang menyatakan bahawa badan berkenaan juga akan meningkatkan penyeliaan terhadap perusahaan bebas pemeriksaan. Kata beliau: "Kelayakan bebas pemeriksaan kepada perusahaan akan dimansuhkan jika perusahaan itu gagal mengekalkan taraf kualiti produk dan teknik pengeluaran mereka atau tidak mampu menyediakan perkhidmatan yang memuaskan kepada para pengguna, khususnya perusahaan yang melakukan kegiatan melanggar undang-undang dalam proses pengeluaran mereka."

Syarikat Sixiang merupakan sebuah perusahaan pengeluar sutera di Nantong, provinsi Jiangsu China dan produk mereka telah dieksport ke A.S., Kesatuan Eropah, Jepun dan Asia Tenggara. Tiga jenis produk keluaran perusahaan itu telah mendapat kelayakan bebas pemeriksaan pada tahun ini. Pengurus Besar Syarikat Sixiang, Encik Jin Chunlai menyatakan: "Kelayakan bebas pemeriksaan itu ialah satu penghargaan bagi syarikat kami dan juga merupakan satu tanggungjawab dan penjana bagi kami untuk memelihara kualiti produk. Kami akan terus berusaha untuk meningkatkan kesedaran kakitangan terhadap pemeiharaan kualiti dan memastikan kualiti semua produk kami memenuhi piawaian domestik dan antarabangsa."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |