Menurut berita CRI, Pusat Kaji Purba Asia Tenggara telah ditubuhkan di Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China baru-baru ini.
Pegawai pusat itu menyatakan bahawa pusat tersebut akan mengumpulkan pakar dan sarjana China untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan pakar dan sarjana daripada Asia Tenggara dalam bidang kaji purba Asia Tenggara.
Diberitakan bahawa pusat itu akan mengumpulkan data-data yang berkenaan serta meningkatkan hubungan kerjasama dengan badan kajian purba di negara-negara Asia Tenggara.
|