Jabatan Penerangan Dewan Negara China telah mengelurkan kertas putih "Keadaan dan Dasar Sumber Tenaga China" hari ini yang memaklumkan keadaan mengenai perkembangan sumber tenaga, strategi pembangunan dan matlamatnya di China. Kertas putih itu berbunyi bahawa China telah mencapai kejayaan dalam usaha menjimatkan penggunaan sumber tenaga pada tahun-tahun kebelakangan ini dan pelepasan sisa cemar dapat dikawal dengan berkesan. China akan terus mendorong usaha menjimatkan penggunaan sumber tenaga, membangunkan sumber tenaga yang boleh dikitar semula dan menubuhkan sistem bekalan sumber tenaga yang stabil, ekonomik, bersih dan selamat.
China buat pertama kalinya mengeluarkan kertas putih mengenai keadaan dan dasar sumber tenaga di China pada tahun-tahun kebelangan ini. Kertas putih itu telah menjelaskan pelbagai tindakan dan dasar secara menyeluruh tentang keadaan perkembangan sumber tenaga China pada masa sekarang, strategi dan matlamat pembangunan sumber tenaga, mendorong usaha menjimatkan penggunaan sumber tenaga, meningkatkan kemampuan bekalan sumber tenaga, meningkatkan pembangunan selaras antara industri sumber tenaga dengan alam sekitar dan meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang sumber tenaga dan lain-lain.
Kertas putih itu berbunyi bahawa industri sumber tenaga China berkembang dengan pesat sejak penghujung tahun 1970-an dan jumlah pengeluaran sumber tenaga China telah menduduki tangga kedua di dunia pada masa ini. Ketua Pengarah Institut Pengajian Sumber Tenaga Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China Encik Han Wenke semasa diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa: "Memandang dari segi industri sumber tenaga, China telah mempunyai asas yang kukuh dan mencapai tahap perkembangan yang baru. Kemampuan bekalan sumber tenaga di dalam negara turut meningkat. Kejayaan tersebut merupakan hasil mengutamakan pembangunan dan penciptaan sains dan teknologi sejak China melaksanakan dasar buka pintu dan pembaharuan."
Kini, China telah menubuhkan sistem bekalan sumber tenaga yang agak sempurna dan dapat menyediakan sokongan yang kuat bagi pembangunan sosioekonomi. Dalam kertas putih itu dinyatakan bahawa sebagai sebuah negara membangun yang bertanggungjawab China amat mengutamakan pembangunan selaras antara sumber tenaga dengan alam sekitar dan telah aktif mengambil tindakan bagi mendorong usaha menjimatkan penggunaan sumber tenaga dan mengurangkan pelepasan sisa cemar. Encik Han Wenke memaklumkan bahawa: "Pertama, China menganjurkan usaha menjimatkan penggunaan sumber tenaga dan mengurangkan pelepasan sisa cemar. Kedua, China telah menimba pengalaman yang baik dari luar negara. Selain itu, China melaksanakan dasar yang mendorong penjimatan penggunaan sumber tenaga dan pengurangan pelepasan sisa cemar."
Kertas putih itu berbunyi bahawa China berusaha menyempurnakan struktur sumber tenaga dan mengutamakan pembangunan sumber tenaga yang boleh dikitar semula. Sehubungan dengan itu, Encik Han Wenke menyatakan bahawa: "China telah meningkatkan peruntukan dalam bidang pembangunan sains dan teknologi mengenai sumber tenaga yang boleh dikitar semula. Contohnya, China mendorong beberapa kajian tentang sumber tenaga yang boleh dikitar semula dan menyediakan sokongan kepada teknologi yang mempunyai harta intelek."
|