Menurut Agensi Berita Xinhua China, Menteri Pertanian China, Sun Zhengcai semalam menyatakan bahawa industri pertanian dan ekonomi luar bandar China kini berkembang dengan stabil. Bekalan keluaran pertanian utama seperti makanan mencukupi.
Semasa menyampaikan laporan kerja Dewan Negara dalam sidang ke-31 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China Ke-10, Sun Zhengcai berkata, dijangka, jumlah keseluruhan pengeluaran keluaran pertanian tahun ini akan melebihi 500 bilion kilogram, mencatat pertumbuhan selama 4 tahun berturut-turut.
Sun Zhengcai menambah, pendapatan per kapita kaum tani bagi tahun ini dijangka akan mencatat lebih 4 ribu yuan RMB, meningkat kira-kira 7% berbanding dengan tahun lalu dan juga mencatat kadar pertumbuhan melebihi 6% selama 4 tahun berturut-turut.
|