Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Persiden Mahkamah Tertinggi China, Cao Jianming di Beijing hari ini menyatakan bahawa pelbagai mahkamah di China harus melakukan kerja dengan mengutamakan "kehidupan rakyat" dan "demokrasi" pada tahun depan dan berusaha memelihara kepentingan rakyat serta keadilan masyarkat.
Cao Janming juga menyatakan bahawa kini perbalahan telah semakin bertambah dalam urusan pentadbiran kerajaan, antaranya termasuk pengambilan tanah oleh kerajaan, pemindahan penduduk dalam pembangunan bandar, penjaminan sosial, perlindungan alam semula jadi dan pelbagai isu lain yang berkaitan rapat dengan kepentingan rakyat. Dalam keadaan ini, mahkamah perlu bertugas dengan bersungguh-sungguh untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut dan menambah rasa kepercayaan rakyat terhadap badan kerajaan.
|