v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Menguatkuasakan Undang-Undang Kontrak Pekerjaan untuk Melindungi Hak dan Kepentingan Pekerja

2008-01-02 15:10:34 CRI

Undang-Undang Kontrak Pekerjaan yang berkaitan rapat dengan semua pekerja di China telah bekuat kuasa bermula pada semalam. Undang-undang tersebut telah melibatkan semua perusahaan di China dan mengemukakan penetapan tentang konsep hubungan pekerjaan, pemeteraian kontrak pekerjaan, penanganan perselisihan pekerjaan dan lain-lain. Pelbagai fasal dalam undang-undang tersebut bertujuan untuk melindungi hak dan kepentingan pekerja di China. Pegawai kerajaan, pakar dan usahawan serta pekerja di China berpendapat bahawa undang-undang tersebut akan menyelesaikan masalah yang paling menonjol dalam pasaran pekerjaan di China serta meletakkan asas untuk mewujudkan hubungan pekerjaan yang harmoni.

Undang-Undang Kontrak Pekerjaan tersebut telah mengemukakan penetapan yang teliti tentang pemeteraian, pelaksanaan, pembatalan dan penghentian kontrak. Berdasarkan keadaan pekerjaan di China yang pihak majikan lebih kuat dan pihak pekerja agak lemah, undang-undang tersebut telah menetapkan bahawa tahap gaji perjam pekerja sementara tidak boleh lebih rendah berbanding dengan standard yang ditetapkan oleh kerajaan. Perusahaan harus membayar dua kali ganda gaji kepada pekerjanya kalau tidak memeterai kontrak pekerjaan dan lain-lain. Menjelang undang-undang tersebut berkuat kuasa, Ketua Pengarah Institut Kajian Hubungan Pekerjaan Universiti Rakyat China, Chang Kai berkata: "Penggubalan undang-undang tersebut bertujuan untuk melindungi hak dan kepentingan pekerja agar mewujudkan hubungan pekerjaan yang harmoni dan mendorong perkembangan bersama-sama antara majikan dengan pekerja. Undang-undang tersebut akan menyelesaikan masalah utama dalam perkembangan sosioekonomi di China."

Penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang tersebut telah mencetuskan perbincangan yang hangat di dalam dan luar China. Pelbagai pihak telah memberi pandangan masing-masing terhadap penggubalan undang-undang tersebut. Naib Pengerusi Persatuan Sekerja Negara China, Puan Sun Chunlan berkata: "Terdapat beberapa perusahaan yang mengheboh-hebohkan kesan negatif daripada undang-undang tersebut. Mereka berpendapat bahawa undang-undang itu akan meningkatkan kos perusahaan. Namun memelihara hak dan kepentingan pekerja akan mendorong penyusunan semula struktur industri dan mewujudkan hubungan pekerjaan yang harmoni."

Menteri Buruh dan Jaminan Sosial China, Encik Tian Chengping telah memperkenalkan rancangan jaminan pekerjaan China kelak. Beliau berkata:"Penguatkuasaan Undang-Undang Kontrak Pekerjaan akan meningkatkan pelaksanaan sistem kontrak pekerjaan dan muafakat bersama-sama, menyempurnakan sistem gaji minimum agar meningkatkan keharmonian hubungan pekerjaan di China."

Naib Gabenor Bank Perindustrian China, Zhang Furong telah berjanji kepada Kongres Rakyat Kebangsaan China untuk menaati undang-undang tersebut. Beliau berkata: "Kami akan menanggung kewajipan yang ditetapkan dalam undang-undang tersebut, menyelesaikan masalah yang paling menarik perhatian pekerja, meningkatkan penyelarasan kepentingan, menubuhkan mekanisme untuk menangani perselisihan pendapat dan menjamin hak dan kepentingan pekerja agar mewujudkan hubungan pekerjaan yang teratur, adil, rasional, harmoni dan stabil serta bercirikan sosialisme China.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |