Zon Ekonomi Khas Shenzhen di kawasan pesisir pantai selatan China telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan perlindungan alam sekitar pada tahun 2007 agar mendorong perkembangan secara berterusan dalam bidang sosioekonomi di bandar tersebut.
Pada kira-kira 30 tahun yang lalu, kerajaan China telah menjadikan Shenzhen sebagai zon ekonomi khas yang membuka pintu kepada negara asing. Dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini, Shenzhen telah berkembang daripada sebuah kampung nelayan menjadi sebuah metropolitan. Bandar itu turut menjadi jendela dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu di China. Namun perkembangan sosioekonomi yang pesat di Shenzhen telah mengakibatkan masalah perlindungan alam sekitar yang semakin serius. Masalah tersebut telah menarik perhatian daripada kerajaan bandar Shenzhen.
Bekas Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shenzhen Parti Komunis China, Encik Li Hongzhong baru-baru ini menyatakan bahawa Shenzhen akan mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah perlindungan alam sekitar. Beliau berkata: "Cabaran untuk mengatasi masalah perlindungan alam sekitar di bandar kami amat serius. Kami akan berusaha untuk meningkatkan perlindungan alam sekitar di sisi undang-undang."
Kerajaan Shenzhen telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan perlindungan alam sekitar termasuk meningkatkan penyeliaan terhadap pegawai dalam bidang perlindungan alam sekitar, mengenakan denda yang tinggi terhadap perusahaan yang melepaskan pencemaran serta secara tegas membanteras tindakan-tindakan yang menjejaskan perlindungan alam sekitar. Pada Januari hingga September yang lalu, kerajaan Shenzhen telah mengenakan denda sejumlah lebih 42 juta yuan RMB terhadap perusahaan yang melepaskan pencemaran, jumlah tersebut telah meningkat lebih 40% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Air kumbahan yang dilepaskan daripada Kilang Logam Dinghao Shenzhen tidak mematuhi standard dalam tempoh tiga bulan secara berturut-turut. Maka lesen kilang itu telah dibatalkan oleh badan kerajaan yang berkenaan. Pada beberapa bulan yang lalu, pengetua kilang tersebut, Encik Xiao Dianjun telah memohon maaf kepada masyarakat dan berjanji untuk dengan segera membaiki kelengkapan pelepasan pencemaran. Encik Xiao Dianjun berkata: "Pelepasan pencemaran daripada perusahaan kami telah menjejaskan perlindungan alam sekitar. Kami harus mengadakan penyusunan semula untuk mematuhi peraturan negara."
Kilang Logam Dinghao Shenzhen telah memperuntukkan 500 ribu yuan RMB untuk membeli kelengkapan pemprosesan air kumbahan. Kilang itu telah berusaha untuk mematuhi peraturan perlindungan alam sekitar negara.
Selain itu, kerajaan Shenzhen telah menetapkan kira-kira separuh tanah di bandar itu sebagai kawasan perlindungan ekologi. Sebarang projek pembinaan tidak boleh menggunakan tanah tersebut. Dasar tersebut telah mencegah tindakan yang menjejaskan ekologi.
Dimaklumkan bahawa kerja untuk melaksanakan dasar perlindungan alam sekitar turut disenaraikan dalam penilaian terhadap kerja pegawai di Shenzhen. Pegawai yang tidak dapat mencapai sasaran perlindungan alam sekitar dalam tempoh dua tahun berturut-turut tidak boleh naik pangkat atau menyandang jawatan yang penting. Maklumat daripada perusahaan-perusahaan di Shenzhen dalam bidang perlindungan alam sekitar akan dimasukkan dalam jaringan maklumat Bank Rakyat China. Perusahaan-perusahaan yang menjejaskan perlindungan alam sekitar akan ditolak semasa memohon pinjaman daripada bank.
Pegawai perlindungan alam sekitar Shenzhen menyatakan bahawa langkah-langkah tersebut bertujuan untuk menjamin iklim pelaburan yang baik serta mendorong perkembangan secara berterusan di bandar tersebut.
|