Menurut berita CRI, berdasarkan statistik Jabatan Sains dan Teknologi Provinsi Zhejiang China, pada tahun lalu, peruntukan dalam bidang sains dan teknologi di Zhejiang telah melebihi 50 bilion yuan RMB, dan telah meningkat 25% berbanding dengan tahun 2006, antaranya 80% adalah daripada peruntukan perusahaan.
Pegawai berkenaan Provinsi Zhejiang menyatakan bahawa statistik tersebut menunjukkan bahawa perusahaan kian mengambil berat terhadap inovasi dan kemajuan teknologi. Nilai pengeluaran dalam sektor teknologi canggih di Provinsi Zhejiang pada tahun lalu dijangka akan menambah lebih 20% berbanding tahun 2006. Pada tahun ini, Provinsi Zhejiang akan terus memberi keutamaan kepada projek-projek sains dan teknologi yang diberi peruntukan oleh perusahaan.
|