Simposium sambutan ulang tahun ke-15 pelaksanaan "Kempen Perlindungan Alam Sekitar China" telah diadakan di bandar Haikou, provinsi Hainan China baru-baru ini. Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Raidi dalam simposium itu menyatakan bahawa perlindungan terhadap alam sekitar dan sumber alam merupakan satu kerja yang mendasak dan perlu dilakukan dalam jangka panjang, China akan meningkatkan pemantauan media terhadap usaha perlindungan alam sekitar dan sumber agar mendorong perkembangan sosioekonomi secara berterusan.
"Kempen Perlindungan Alam Sekitar China" yang mula dilaksanakan pada tahun 1993 dan melibatkan usaha lebih 10 badan kerajaan China serta pihak-pihak media utama China, antaranya termasuk Jawatankuasa Perlindungan Alam Sekitar dan Sumber Kongres Rakyat Kebangsaan China, Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar Negara, Pentadbiran Perhutanan Negara China dan lain-lain. Penganjuran aktiviti itu akan memfokuskan kepada satu tema pada setiap tahun. Berdasarkan statistik bahawa jumlah wartawan yang menyertai aktiviti itu telah melebihi 30 ribu orang dalam tempoh hampir 5 tahun kebelakangan ini. Mereka telah mengeluarkan balik 100 ribu buah laporan berkenaan.
Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Raidi menyatakan bahawa dalam proses perkembangan sosioekonomi yang pesat di China pada masa ini, masih terdapat konsep dan model pembangunan yang agak ketinggalan serta struktur perindustrian yang tidak rasional. Selain itu, kesedaran orang ramai terhadap perlindungan alam sekitar dan sumber masih kurang. Oleh hal yang sedemikian, China masih menghadapi tekanan yang agak besar dalam usaha perlindungan ekologi alam sekitar dan sumber. Beliau berkata: "Kempen Perlindungan Alam Sekitar China perlu diperhebat lagi sejajar dengan perkembangan semasa. Perlindungan alam sekitar dan sumber merupakan satu tugas yang mendesak dalam tempoh jangka panjang dan juga memerlukan penyeliaan daripada undang-undang, media dan masyarakat awam. Pelbagai pihak perlu memikul tanggungjawab masing-masing dalam mendorong pembangunan ekologi."
Menurut beliau, Kempen Perlindungan Alam Sekitar China telah memainkan peranan yang berkesan bagi mendorong pembangunan masyarakat yang mesra alam dalam tempoh 5 tahun yang lalu dan berjaya mengesan beberapa masalah besar dalam bidang perlindungan hutan dan tanah pertanian, pencemaran di kawasan aliran sungai yang penting dan pelepasan gas rumah hijau. Tegas beliau, demi memastikan pelaksanaan undang-undang yang berkesan terhadap kegiatan yang menjejaskan alam sekitar, China akan menggalakkan pihak media memainkan peranan sepenuhnya bagi menyelia pelaksanaan usaha perlindungan alam sekitar dan sumber.
Naib Pengarah Jawatankuasa Perlindungan Alam Sekitar dan Sumber-sumber Kongres Rakyat Kebangsaan China, Encik Ye Rutang mendedahkan bahawa bagi menjayakan konsep pembangunan secara saintifik yang dikemukakan oleh kerajaan, Kempen Perlindungan Alam Sekitar China akan membuat lebih banyak laporan berkenaan pada tahun ini. Beliau berkata: "Laporan yang akan dibuat oleh media itu memfokuskan kepada isu perlindungan dan penggunaan sumber-sumber seperti tanah, air, lombong, hutan dan sumber laut serta usaha pengurangan gas rumah hijau yang dilakukan oleh pelbagai tempat dan perusahaan. Selain itu, usaha merawat pencemaran kepada air, udara dan tanah juga akan diberi fokus dalam liputan media."
Dimaklumkan bahawa penganjuran Kempen Perlindungan Alam Sekitar China pada tahun ini juga akan memfokuskan masalah kualiti ekologi dan alam sekitar dan sumber yang menarik perhatian masyarakat.
|