Menurut berita CRI, Pesta Mata Air Panas Antarabangsa pertama yang berlangsung selama 7 hari telah ditutup di Wudang, bandar Guiyang China. Pakar daripada China dan 15 buah negara yang lain termasuk Australia, Switzerland, Jepun dan lain-lain telah menyertai pesta tersebut untuk membincangkan ekonomi mengenai mata air panas dan mengemukakan cadangan terhadap penerokaan mata air panas di Guiyang China.
Pakar Australia dalam sektor pelancongan mata air panas dan SPA, Encik Jacka Andrew berpendapat bahawa mata air panas di Wudang berpotensi tinggi dan berkelayakan untuk menjadi destinasi pelancongan mata air panas antarabangsa. Wudang telah memperoleh dana sebanyak lebih 7 bilion yuan RMB melalui seminar kali ini untuk meneroka sumber mata air panas di kawasan tersebut.
|