Agensi berita Xinhua semalam telah mengeluarkan rencana yang bertajuk "Menggalakkan Pembukaan Perusahaan untuk Menambah Peluang Pekerjaan".
Rencana itu berbunyi, Laporan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah mengemukakan dengan jelas bahawa China akan melaksanakan strategi tentang menambah peluang pekerjaan. China bukan sahaja harus memelihara pertumbuhan ekonomi yang mapan, mempertahankan dasar pekerjaan yang positif dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, tetapi juga harus mewujudkan persekitaran yang baik bagi memulakan perusahaan baru, dan menggalakkan pelbagai aktiviti pembukaan perusahaan, supaya lebih banyak pekerja menjadi perintis perusahaan.
|