v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Sempurnakan Kawalan Makro Ekonomi, Dorong Pertumbuhan Eknomi dengan Baik dan Pesat

2008-01-16 15:49:12 CRI

Sejak Sidang Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China diadakan pada bulan Oktober tahun lalu, kerajaan China telah mengambil beberapa tindakan yang mengawal peningkatan pelaburan dan harga barangan yang terlalu pesat serta meningkatkan kawalan makro ekonominya untuk mencegah pertumbuhan ekonomi yang terlalu pesat dan inflasi yang ketara. Kini, tindakan tersebut telah mencapai kejayaan yang berkesan.

Untuk mengawal peningkatan pelaburan aset tetap dan skop kredit kewangan yang terlalu pesat, menyekat peningkatan permintaan sosial yang terlalu pesat dan mengawal pertumbuhan ekonomi pada tahap yang rasional, baru-baru ini kerajaan China telah mengambil beberapa tindakan pengubahsuasian dan pengawalan antaranya termasuklah terus mengawal projek pembinaan yang baru dan mengharamkan projek pembinaan baru yang menggunakan sumber tenaga yang banyak dan melepaskan sisa pencemaran yang banyak.

Di samping itu, China turut telah meningkatkan kawalan terhadap kredit kewangan. Sehubungan dengan itu, pakar kewangan China Encik Yi Xianrong menyatakan bahawa: "Kerajaan pusat China telah menyedari pertumbuhan ekonomi China yang terlalu pesat dalam tempoh yang lalu. Melalui pelaksanaan dasar kewangan yang ketat, kerajan telah mengawal peningkatan ekonomi dan pelaburan yang terlalu pesat dan skop kredit yang terlalu besar."

Sehubungan dengan harga barangan China yangnak dengan pesat baru-baru ini, jabatan berkenaan China telah meningkatkan kawalan terhadap bekalan di pasaran dan perubahan harga bagi menjamin bekalan yang cukup dan mencegah kenaikan harga yang terlalu pesat. China telah berjaya mengawal peningkatan ekspor bahan makanan yang terlalu pesat dan menambah bekalan bahan makanan di pasaran dalam negara China. Di samping itu, jabatan kawalan harga barangan China juga telah menetapkan bahawa harga minyak, gas asli, elektrik tidak boleh dinaikan dalam waktu dekat ini. Standard harga industri awam dan yuran sekolah tidak boleh ditingkatkan lagi.

Maklumat dari beberapa jabatan di China seperti Guangzou, Beijing, Hangzhou dan lain-lain menunjukkan bahawa seiring dengan pelaksanaan dasar China tersebut, arah aliran peningkatan harga barangan yang terlalu pesat dikawal pada peringkat awal. Seorang penjual sayur-sayuran di bandar Hangzhou China memberitahu wartawan bahawa: "Harga kubis China ialah 0.5 yuan satu kilogram, harga itu telah mengekal sebulan dan tidak berubah. Manakala, pada masa ini tahun lalu, harga kubis China yang paling murah ialah 1.2 yuan satu kilogram."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |