v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Ambil Tindakan untuk Jamin Bekalan Elektrik

2008-01-25 16:04:14 CRI

Cuaca buruk seperti hujan dan salji lebat menurun dengan tidak berhenti telah menjejaskan pengangkutan arang batu yang digunakan untuk penjanaan elektrik di China. Kekurangan arang batu itu telah menyebabkan bekalan elektrik terpengaruh di beberapa kawasan di China. Kerajaan pelbagai tempat di Chian telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah tersebut terutamanya menjamin bekalan elektrik kegunaan kehidupan rakyat.

Disebabkan kekurangan pembekalan arang batu, kekurangan elektrik di seluruh China telah mencapai hampir 70 juta kilowat, dan ini menyebabkan 13 buah jaringan elektrik peringkat provinsi telah penghadan penghantaran elektrik. Sebab utama kekurangan elektrik kali ini adalah cuaca buruk kebelakangan ini yang mendatangkan kesukaran terhadap pengangkutan arang batu. Selain itu, permintaan penggunaan arang batu dan elektrik lebih banyak pada musim sejuk sehingga menyebabkan kekurangan pembekalan arang batu.

Sehubungan dengan itu, kerajaan pelbagai tempat China telah mengambil tindakan untuk menyekat penggunaan elektrik perusahaan yang menggunakan tenaga banyak dan melepaskan pencemaran yang serius, menjamin penggunaan kehidupan rakyat terlebih dahulu dan kegunaan elektrik hospital, sekolah, pusat pengangkutan awam serta badan yang melibatkan kepentingan dan keselamatan rakyat.

Untuk menjamin penggunaan elektrik penduduk kampung dan bandar, provinsi Sichuan yang terletak di bahagian barat China telah menyekat penggunaan elektrik oleh perusahaan yang menggunakan tenaga banyak dan melepaskan pencemaran yang serius sebanyak 40 juta kilowatjam setiap hari. Ketua Pengarah Kilang Tenaga Kumpulan Kimia Sichuan, Encik Chen Guoming memberitahu wartawan bahawa sekatan terhadap penggunaan elektrik itu telah dilaksanakan di kilang itu. Beliau berkata:

"Penggunaan elektrik syarikat kami amat besar, tetapi menurut ketetapan kerajaan, penggunaan elektrik maksimum syarikat kami hanya 40 juta kilowatjam. Maka untuk menjamin pembelakan elektrik kepada penjagaan keselamatan, perlindungan alam sekitar dan kehidupan rakyat, separuh kilang itu telah berhenti."

Pada masa kini, pembekalan elektrik terhadap kehidupan penduduk tidak terpengaruh di kebanyakan kawasan walaupun di beberapa kawasan kediaman penduduk pembelakan elektrik akan disekat dalam tempoh masa yang pendek. Penduduk bandar Wuhan, Puan Chen Xi berkata:

"Kami mengetahui dan menyokong tindakan yang diambil oleh kerajaan ini. Elektrik digunakan dengan lebih banyak dalam cuaca buruk ini, saya berasa kami sendiri harus bersabar."

Serentak dengan itu, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China telah mengeluarkan arahan kecemasan yang menuntut menjamin pengangkutan arang batu, menambah simpanan arang batu di pelbagai tempat dan meningkatkan penjanaan elektrik. Pelbagai logi jana kuasa elektrik telah meningkatkan hubungan dengan lombong arang batu, pihak jalan kereta api dan pelabuhan supaya memudahkan pengangkutan untuk meningkatkan simpanan arang batu.

Selain itu, badan pentadbiran tenaga elektrik pelbagai tempat telah mengambil tindakan untuk mencegah pengaruh akibat cuaca buruk dan menjamin pengoperasian normal mesin penjanaan elektrik. Pekerja daripada Syarikat Pemeriksaan Penhantaran Elektrik Guizhou, Puan Gao Jie berkata:

"Kami telah mengambil banyak tindakan termasuk menghantar semua pekerja syarikat kami ke pelbagai kawasan bencana untuk menjalankan pemeriksaan. Hampir kesemua 30 ribu orang pekerja dalam sistem tenaga elektrik Guizhou telah dihantar ke kawasan bencana."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |