Menurut Agensi Berita Xinhua China, pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China telah memaklumkan di Beijing hari ini bahawa pada tahun ini, China akan menjalankan tindakan dalam bidang permintaan dan pembekalan bagi mengawal kenaikan harga barangan yang terlalu cepat.
Pegawai tersebut berkata, kerajaan China akan terus meningkatkan kawalan makro, melaksanakan dasar kewangan yang stabil dan dasar mata wang yang ketat.
Selain itu, China juga akan meningkatkan bantuan kepada sektor pertanian, menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan yang ditangani oleh kerajaan, misalnya harga petroleum, gas asli dan tenaga elekrtik tidak akan dinaikkan pada masa terdekat yang akan datang.
|