Menurut harian "Renminribao" edisi seberang laut China, Ketua Pengarah Institusi Teknologi Angkasa Lepas Shanghai, Yuan Jie dalam Sidang Pertama Kongres Rakyat Ke-13 Bandar Shanghai yang dirasmikan baru-baru ini telah memaklumkan bahawa kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" China yang akan dilancarkan tahun ini berkeupayaan menyiarkan secara langsung angkasawan berjalan di ruang angkasa. Pada waktu itu, rakyat mungkin boleh menonton siaran langsung menerusi TV tentang angkasawan "Shenzhou VII" China berjalan di ruang angkasa.
Bagaimanapun, Yuan Jie menyatakan bahawa pada masa sekarang, pihaknya belum memutuskan akan menggunakan siaran rakam atau siaran langsung.
|