Menurut berita CRI, Perdana Menteri China Wen Jiabao di Beijing hari ini menegaskan bahawa kerajaan pelbagai peringkat di China harus mengambil tindakan yang berkesan untuk menjamin bekalan arang batu, elektrik dan minyak supaya rakyat dapat merayakan Tahun Baru China dengan riang gembira.
Dalam sidang kerja penjaminan bekalan arang batu, elektrik dan minyak kebangsaan menerusi TV hari ini, Wen Jiabao menunjukan bahawa bencana salji yang serius telah berlaku di sejumlah kawasan di China baru-baru ini. Pelbagai pihak yang berkenaan berusaha menjalankan pengeluaran arang batu, menjamin pengangkutan arang batu, bahan makanan dan lain-lain, memenuhi keperluan penggunaan elektrik dari kehidupan penduduk, hospital dan sekolah dan menjamin bekalan minyak dalam pasaran.
|