Menurut berita CRI, Kementerian Kereta Api China menyatakan hari ini bahawa kementeriannya akan menjamin pengangkutan awam dalam tempoh percutian Tahun Baru China supaya rakyat China merayakan Tahun Baru China dalam suasana gembira dan aman.
Dimaklumkan, disebabkan kesan negatif daripada cuaca buruk, pengangkutan di bahagian selatan laluan kereta api Beijing-Guangzhou sukar dipulihkan dalam masa yang pendek. Untuk memindahkan penumpang, Kementerian Kereta Api China telah mengerahkan 60 buah kereta api dari jabatan kerata api pelbagai tempat ke provinsi Guangdong. Kementerian tersebut menambah, pelbagai jabatan kereta api harus menyempurnakan tindakan untuk menjamin keselamatan dan kelancaran, menguruskan persiapan kecemasan agar memulihkan tatatertib dengan secepat mungkin.
|