v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Menjamin Bekalan dan Keselamatan Pengangkutan Arang Batu, Elektrik dan Minyak

2008-01-28 17:59:42 CRI

Bencana hujan dan salji yang besar-besaran sudah mengakibatkan pengaruh yang serius terhadap bekalan dan pengangkutan tenaga arang batu, elektrik dan minyak di China. Oleh sebab itu, Dewan Negara China telah mengadakan sidang kerja menerusi televisyen dan telefon pada 27 Januari lalu untuk menjamin pengangkutan arang batu, elektrik dan minyak. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam sidang tersebut menegaskan bahawa kerajaan perlu menjamin pengangkutan arang batu, elektrik dan minyak dengan sedaya upaya. Kini badan berkenaan kerajaan China di pelbagai tempat sedang berusaha bersungguh-sungguh mengambil langkah untuk menjamin pembekalan dan keselamatan pengangkutan arang batu, elektrik dan minyak.

Pada masa-masa kebelakangan ini, kawasan di bahagian tengah, timur dan selatan China dilanda bencana hujan salji yang lebat dalam tempoh 30 tahun selama ini. Bencana alam ini sudah menjejaskan bekalan arang batu, pengangkutan minyak dan bekalan tenaga elektrik. Kementerian Pengangkutan China, Kementerian Kereta Api China terus menerus berusaha untuk menjamin kelancaran dan keselamatan pengangkutan bahan-bahan penting termasuk arang batu dan minyak dengan sedaya upaya.

Bencana salji lebat yang melanda Provinsi Jiangxi, bahagian tengah China sudah mengakibatkan kekurangan bekalan arang batu dan minyak di kebanyakan kawasan provinsi tersebut. Naib Ketua Jabatan Pengangkutan Provinsi Jiangxi, Encik Hu Lin semasa diwawancara oleh pemberita menyatakan bahawa:

"Jalan raya di merata-rata tempat di provinsi Jiangxi sedang dibaik pulih dan kita cuba membuang ais dan salji di permukaan jalan. Ribuan anggota polis dan bomba sudah dikerahkan ke beberapa jambatan dan tempat yang bahaya untuk menghadapi kecemasan dan menjamin keselamatan. Kami mengadakan dasar prasarana terhadap bahan utama dan barang-barang keperluan harian. Selain itu, hasil keluaran pertanian dapat lalu secara percuma."

Ketua Jabatan Jalan Raya Kementerian Pengangkutan China, Encik Dai Dongchang menyatakan bahawa:

"Urusan tentang arang batu di pelabuhan akan ditangani secara prasarana. Situasi kekurangan pengangkutan arang batu dan elektrik akan dielakkan sedapat mungkin."

Selain jalan raya, Kementerian Kereta Api China juga mengeluarkan kenyataan kecemasan tentang jaminan pengangkutan elektrik dan arang batu. Menurut statistik, dalam tempoh 25 hari pada awal bulan Januari ini, kereta api yang memuatkan arang batu telah mencatat angka 32.7 ribu buah. Jumlah ini telah meningkat hampir 16% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.

Menteri Kereta Api China, Encik Liu Zhijun telah menyatakan bahawa mereka perlu menjamin pengangkutan bahan-bahan penting dan meningkatkan jumlah dan kecekapan pengangkutan elektrik dan arang batu. Antaranya, mereka perlu menjamin pengangkutan elektrik dan arang batu bagi 74 buah kilang elektrik pengawasan utama seluruh negara dalam situasi kecemasan dan situasi khusus. Selain itu penyeliaan dan pengawalan terhadap harga pengangkutan juga perlu ditingkatkan.

Naib Ketua Jabatan Operasi Ekonomi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Encik Zhu Hongren dalam sidang akhbar hari ini telah menegaskan bahawa dalam situasi kekurangan tenaga elektrik, jaminan bekalan elektrik rakyat perlu diutamakan. Selain itu, bekalan elektrik yang melibatkan kepentingan awam serta keselamatan negara perlu juga terjamin.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |