v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seramai 77 Juta Orang Alami Bencana Salji di China
2008-01-28 18:46:12 CRI

Menurut berita CRI, wartawan dimaklumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Awam China, setakat ini, cuaca buruk yang melanda China sejak 10 Januari lalu telah mengakibatkan seramai 77 juta orang mengalami kesukaran dan 24 orang maut.

Berdasarkan statistik Kementerian Hal Ehwal Awam China, disebabkan turunnya hujan dan salji lebat di pelbagai tempat China, 14 provinsi dan bandar termasuk Hunan, Hubei, Guizhou, Shaanxi dan lain-lain telah dilanda bencana tersebut. Selepas bencana itu berlaku, Kementerian Hal Ehwal Awam China telah melancarkan langkah-langkah kecemasan. Sekarang, 350 ribu orang telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Di samping itu, harga barang-barang seharian di sesetengah kawasan yang dilanda bencana telah naik dengan drastik akibat cuaca buruk itu. Sekarang, kerajaan pusat dan tempatan sedang berusaha untuk mengawal harga barang-barang keperluan seharian penduduk awam.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |