Menurut berita CRI, hari ini, Kementerian Hal Ehwal Awam dan Kementerian Kewangan China telah memperuntukkan 98 juta yuan RMB kepada Anhui, Jiangxi, Guizhou dan Guangxi untuk mengatasi bencana salji yang berlaku baru-baru ini.
Setakat ini, Kementerian Hal Ehwal Awam dan Kementerian Kewangan China telah memperuntukkan 126 juta yuan RMB kepada provinsi Hunan, Hubei, Guizhou, Jiangxi, Anhui dan Guangxi untuk membantu mengatasi kesukaran kehidupan penduduk di kawasan bencana salji dan penumpang yang terkandas. Kementerian Hal Ehwal Awam China juga menuntut kerajaan di pelbagai tempat supaya melaporkan keadaan bencana dan kerja penyelamatan tepat pada waktunya.
|