Menurut berita CRI, Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China telah mengadakan mesyuarat hari ini untuk membincangkan cara untuk mengatasi bencana hujan dan salji lebat serta menjamin kehidupan seharian penduduk awam.
Dalam sidang itu ditegaskan, kerajaan pelbagai peringkat negara harus menjalankan kerja penyelamatan dan melancarkan mekanisme kecemasan bagi mengatasi bencana salji. Kerja utama pada masa ini adalah untuk menjamin pengangkutan dan komunikasi yang nomal serta pembekalan elektrik yang mencukupi. Di samping itu, meningkatkan jumlah pengeluaran arang batu dan menjamin pembekalan barang-barang keperluan seharian, minyak dan lain-lain serta membantu mangsa bencana salji mengatasi kesukaran.
|