Menurut Agensi Berita Xinhua China, Persekutuan Wanita Seluruh China memaklumkan semalam bahawa persekutuan itu telah mengutus surat kepada kawasan yang mengalami bencana salji di Anhui, Guangxi, Hubei dan Hunan untuk menyampaikan perasaan simpati dan telah mengumpulkan lebih 4 juta yuan RMB kepada penduduk, wanita dan kanak-kanak di kawasan tersebut.
Persekutuan Wanita Seluruh China menyatakan bahawa pihak mereka akan menggalakkan persekutuan wanita pelbagai peringkat dan kaum wanita dengan aktif menyertai penyelamatan bencana itu, menyelaraskan tenaga dalam pelbagai bidang, menjamin kehidupan, keselamatan nyawa dan harta benda penduduk di kawasan bencana terutamanya wanita, orang tua dan kanak-kanak.
|