Menurut Agensi Berita Xinhua China, provinsi Hunan China telah mengalami bencana salji dan beku yang luar biasa dalam tempoh 50 tahun yang lalu. Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah pergi ke Hunan untuk memimpin usaha penyelamatan bencana di sana pada malam 28 Januari lalu.
Selepas sampai ke Changsha, ibu kota provinsi Hunan pagi kelmarin, Wen Jiabao menyatakan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan selanjut untuk memulihkan pengangkutan dan pembekalan elektrik, mengurangkan kesan bencana salji dan beku terhadap pengeluaran dan kehidupan rakyat dalam tempoh masa yang paling pendek.
(Wen Jiabao melawat para penumpang koc yang terkandas di lebuh raya Beijing-Zhuhai)
Beliau menegaskan bahawa kerajaan dan jabatan pelbagai peringkat mesti menjamin keselamtan nyawa rakyat dan memelihara perkembangan sosioekonomi dengan stabil supaya rakyat China dapat merayakan Tahun Baru China dengan bahagia dan aman.
|