Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan menegaskan di Beijing kelmarin bahawa pelbagai jabatan berkenaan mesti bertindak segara untuk meningkatkan pengeluaran dan pengangkutan arang batu supaya dapat menjamin pembekalan arang batu yang digunakan untuk menjanakan elektrik.
Dewan Negara telah mengadakan mesyuarat tentang perkara tersebut kelmarin. Zeng Peiyan dalam mesyuarat itu berkata bahawa dalam tempoh belasan hari yang lalu, bencana salji dan beku yang bertambah buruk telah melanda kebanyakan kawasan di selatan China dan bahagian timur di kawasan barat laut China. Bencana itu telah menjejaskan dengan serius jaringan penghantaran elektrik, pembekalan arang batu, pengangkutan dan kehidupan rakyat. Antaranya pengeluaran, pengangkutan dan pembekalan arang batu untuk kegunaan penjanaan elektrik terjejas dengan amat serius.
Zeng Peiyan menegaskan lagi bahawa pelbagai jabatan berkenaan mesti bertindak segara untuk meningkatkan pengeluaran dan pengangkutan arang batu untuk menjamin pembekalan arang batu yang digunakan untuk menjanakan elektrik.
|