v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Tingkatkan Peruntukan dalam Sektor Pengawasan Cuaca dan Ramalan Awal Bencana
2008-01-30 15:40:54 CRI

Wartawan CRI melaporkan bahawa jurucakap Biro Meteorologi China, Encik Yu Xinwen berkata di Beijing hari ini, kerajaan China telah mengesahkan peruntukan sebanyak dua bilion yuan RMB untuk melaksanakan projek pengawasan cuaca dan ramalan awal bencana.

Ketika menerima wawancara wartawan CRI, Yu Xinwen berkata bahawa projek tersebut dijangka siap dalam tempoh 3 hingga 5 tahun. Kandungannya termasuklah membina pusat radar meteorologi di pelbagai kawasan di China, menyediakan kenderaan pengawasan meteorologi serta menyempurnakan jaringan pengawasan meteorologi. Pada masa yang sama, kerajaan China akan mengutamakan penyempurnaan mekanisme ramalan awal bencana akibat cuaca buruk. Antara tindakan yang diambil termasuk memasang sistem siaran ramalan awal bencana di desa untuk meningkatkan kemampuan tempat yang berkenaan menghadapi bencana.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |