Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan menegaskan di Beijing kelmarin bahawa pelbagai jabatan berkenaan mesti bertindak segara untuk meningkatkan pengeluaran dan pengangkutan arang batu supaya dapat menjamin pembekalan arang batu yang digunakan untuk menjanakan elektrik.
Dewan Negara telah mengadakan mesyuarat tentang perkara tersebut kelmarin. Zeng Peiyan dalam mesyuarat itu berkata bahawa dalam tempoh belasan hari yang lalu, bencana salji dan beku yang bertambah buruk telah melanda kebanyakan kawasan di selatan China dan bahagian timur di kawasan barat laut China. Bencana itu telah menjejaskan dengan serius jaringan penghantaran elektrik, pembekalan arang batu, pengangkutan dan kehidupan rakyat. Beliau menuntut pelbagai jabatan berkenaan berusaha dengan sedaya-upaya menjamin pengangkutan arang batu dan minyak dengan lancar, menjamin pembekalan elektrik dan keperluan rakyat.
Diberitakan lagi, jabatan kesihatan China sedang berusha menjalankan tugas penyelamatan di kawasan bencana salji dan beku.
|