v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berusaha Menjamin Kelancaran dan Keselamatan Lalu Lintas Ketika Hujan Turun dan Salji

2008-01-30 16:31:58 CRI

Kini bencana hujan dan salji telah melanda sebanyak lebih 10 buah provinsi dan bandar di bahagian tengah, timur dan selatan China secara besar-besaran. Bencana hujan dan salji lebat ini sudah menjejaskan kelancaran dan keselamatan pengangkutan kereta api, jalan raya dan penerbangan di pelbagai tempat di China. Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah mengarahkan kerajaan di pelbagai peringkat supaya menjamin lalu lintas kelancaran pengangkutan dan bekalan tenaga elektrik sedaya upaya usaha dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Bencana hujan dan salji yang lebat ini berlaku menjelang Tahun Baru China iaitu perayaan tradisional paling penting di China. Maka pada waktu ini, kesibukan ramai orang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing telah mengakibatkan ketegangan lalu lintas pengangkutan, lebih-lebih lagi pengangkutan penumpang. Kini seramai lebih sebilion orang penumpang terkandas di laluan utama dari Beijing ke Guangzhou dan Shanghai.

Bekalan tenaga elektrik bagi laluan utama kereta api di provinsi Hunan amat kekurangan akibat cuaca hujan dan salji lebat yang berterusan. Oleh sebab itu kereta api elektrik tidak boleh beroperasi.

Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah melawat Stesyen Kereta Api di Changsha, provinsi Hunan dan menyampaikan salam kepada para penumpang yang terkanads pada 29 Januari lalu. Beliau berkata: "Saya memohon maaf kepada saudara sekalian. Kami sedang membaikpulih sesawang elektrik. Sebaik sahaja ada kuasa elektrik, kereta api akan beroperasi. Kita dapat pulang ke rumah dan merayakan tahun baru. Pada kesempatan ini, saya ucapkan selamat Tahun Baru China dan terima kasih."

Pada pagi ini, Wen Jiabao turut melawat Stesyen Kereta Api Guangzhou. Sekarang badan yang bertanggungjawab terhadap kereta api China berusaha bersungguh-sungguh untuk membaikpulih laluan pengangkutan dari Beijing ke Guangzhou dengan secepat mungkin.

Kementerian Kereta Api China akan menyediakan kereta api yang menggunakan bahan bakar untuk memuatkan penumpang yang terkandas. Selain itu, penumpang yang terkandas di stesyen dapat dibekalkan makanan dan minuman secara percuma. Setelah mengalami kesan bencana ini, penumpang menyatakan rasa faham mereka terhadap situasi ini. Salah seorang penumpang di Stesyen Kereta Api Guangzhou, Encik Gou Ming berkata:  "Saya berasa sedikit kuatir, tetapi juga berasa senang hati kerana kerajaan Guangzhou telah membekalkan makanan kepada kami dan menyediakan tempat penginapan untuk kami."

Kini?kerajaan pelbagai peringkat di kawasan sekitar jalan raya Beijing-Zhuhai telah menyediakan bantuan makanan, air minuman, selimut kepada para penumpang. Selain itu, kumpulan perubatan turut menyediakan perkhidmatan rawatan serta-merta. Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Hunan Parti Komunis China Zhang Chunxian menyatakan bahawa: "Amatlah baik kalau bas dapat menghantar mereka ke bandar. Kalau bas tidak dapat, kami akan menggunakan kereta berulang-alik untuk menghantar orang ramai ke bandar. Kami telah menyediakan tempat yang cukup di sekolah, hospital dan hotel untuk menampung kesemua penumpang itu. Kami turut akan menyediakan makanan dan minuman secara percuma."

Kementerian Hal Ehwal Awam China dan Kementeraian Kewangan China telah memperuntukkan lebih 100 juta yuan RMB kepada beberapa provinsi yang dilanda bencana itu. Peruntukan itu akan digunakan bagi menempatkan para mangsa dan menjamin keselamatan lalu lintas.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |