v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Tinjau Pengangkutan Awam dan Pembekalan Barangan di Guangdong
2008-01-31 13:03:35 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah tiba di Guangzhou, ibu kota provinsi Guangdong pagi kelmarin dan meninjau pengangkutan awam dan bekalan barangan di sana dalam hujan.

Cuaca bersalji dan sejuk beberapa hari yang lalu telah menjejaskan pengangkutan kereta api dan jalan raya di provinsi Guangdong. Setakat 30 Januari lalu, terdapat hampir 800 ribu orang penumpang terkandas disebabkan cuaca yang buruk di sekitar Guangzhou.

Wen Jiabao telah melawat penumpang-penumpang yang terkandas di stesen kereta api dan stesen koc Guangzhou kelmarin. Kemudian, beliau secara khusus bertanya tentang bekalan elektrik dan barang-barang keperluan harian. Beliau menyatakan bahawa bencana salji yang serius kali ini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Buat masa ini, masalah yang paling mendesak bagi kerajaan Guangdong adalah menghantar penumpang yang terkandas ke destinasi mereka dengan secepat mungkin. Guangdong perlu menubuhkan mekanisme yang berkesan untuk menjamin pengangkutan arang batu dan minyak serta penghantaran elektrik pada masa depan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |