Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Menteri Hal Ehwal Awam China, Li Liguo menyatakan di Beijing hari ini bahawa jabatan hal ehwal awam pelbagai peringkat China mesti berusaha untuk menawarkan bantuan asas terhadap penduduk kawasan bencana terutamanya penduduk miskin di kawasan terpencil supaya kehidupan mereka terjamin.
Li Liguo berkata bahawa berhadapan dengan bencana salji dan cuaca sejuk yang serius di seluruh China, jabatan hal ehwal awam pelbagai peringkat China sedang mengambil tindakan kecemasan untuk memberikan bantuan kepada penduduk yang mengalami kesukaran. Kementerian Hal Ehwal Awam China akan mengambil tindakan termasuk memberi dana bantuan, meningkatkan pengangkutan, pemberian dan penghantaran barang bantuan supaya penduduk di kawasan bencana mendapat makanan, baju tebal dan rawatan dengan segera.
|