Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Perdana Menteri China, Hui Liangyu ketika meninjau di provinsi Shaanxi China hari ini menegaskan bahawa kerajaan pelbagai tempat mesti mengambil tindakan berkesan untuk menjamin penghasilan pertanian dalam situasi mengatasi bencana, supaya kerugian yang disebabkan oleh bencana dikurangkan dengan tahap minimum.
Sejak pertengahan Januari lalu, beberapa provinsi China termasuk provinsi Shaanxi telah dilanda bencana salji.
Hu Liangyu menuntut kerajaan pelbagai tempat agar merangka rancangan yang saintifik untuk mengatasi kesan akibat cuaca sejuk dan menetapkan rancangan mengenai pemulihan penghasilan pertanian dengan seawal mungkin; mengaturkan pengeluaran dan kehidupan rakyat kawasan bencana supaya makanan, baju tebal dan rawatan mereka terjamin serta rakyat China dapat merayakan Tahun Baru China dengan bahagia dan aman.
|