v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dewan Negara China Tubuhkan Pusat Arahan Kecemasan untuk Pengangkutan Arang Batu, Minyak dan Penghantaran Elektrik
2008-02-01 19:06:04 CRI

Menurut berita CRI, untuk mengatasi bencana salji yang melanda di sebahagian kawasan China dan meningkatkan arahan terhadap kerja penyelamatan, Dewan Negara China telah menubuhkan pusat arahan kecemasan bagi pengangkutan arang baru, minyak dan penghantaran elektrik dan serta mengatasi bencana baru-baru ini.

Anggota pusat tersebut melibatkan 23 buah badan kerajaan, antaranya termasuk Jawatankuasa Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Hal Ehwal Awam, Kementerian Kewangan, dan Kementerian Kereta Api China dan lain-lain. Pusat tersebut bertugas untuk mengetahui maklumat yang diperoleh pihak-pihak bertanggungjawab, menyelaraskan kerja antara pelbagai badan, sektor dan kawasan dalam proses pengangkutan arang batu, minyak dan penghantaran elektrik serta mengatasi bencana.

Dimaklumkan, bencana salji itu telah mengakibatkan 60 orang terbunuh dan kerugian ekonomi langsung hampir 54 bilion yuan RMB. Untuk mengatasi bencana, kerajaan China telah melancarkan rancangan tindak balas kecemasan bencana alam peringkat negara. Kerajaan pusat juga memperuntukkan dana penyelamatan yang bernilai 431 juta yuan RMB.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |