v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hu Jintao: Jabatan Pelbagai Peringkat China Ambil Langkah untuk Menjamin Pemapanan Ekonomi
2008-02-01 09:57:32 CRI

Menurut berita CRI, Presiden China Hu Jintao telah mengadakan tinjauan tentang pengeluaran dan bekalan arang batu Provinsi Shanxi dan Hebei China kelmarin. Beliau menegaskan, jabatan pelbagai peringkat China mesti mengutamakan kepentingan dan keperluan penduduk, mengambil langkah yang lebih berkesan bagi menjamin ekonomi yang mapan dan kehidupan seharian yang normal bagi penduduk.

Baru-baru ini, bencana hujan dan salji lebat telah melanda sesetengah kawasan China. Bencana itu telah memberikan pengaruh besar kepada pengangkutan arang batu, minyak dan bekalan elektrik serta memberi kesukaran yang amat sangat kepada kehidupan seharian penduduk.

Presiden China Hu Jintao telah memberikan perhatian yang khusus kepada pengangkutan arang batu, elektrik dan minyak. Beliau menegaskan, pengangkutan dan pembekalan elektrik yang normal perlu diberi fokus utama. Jadi, pihak yang berkenaan mesti melaksanakan kerja pengeluaran dan pengangkutan arang batu, menjamin bekalan arang batu yang mencukupi, di samping itu mementingkan keselamatan kerja.

Pada hari yang sama, Kementerian Kewangan China mengumumkan untuk memperuntukkan lagi sebanyak 138 juta yuan RMB untuk membantu rakyat mengatasi bencana salji tersebut.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |