v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Barang-barang Bantuan Kumpulan Pertama Dihantar ke Guizhou dan Guangxi
2008-02-01 16:18:15 CRI

Wartawan CRI melaporkan bahawa wartawan dimaklumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Awam China hari ini, barang-barang bantuan kumpulan pertama telah dihantar ke kota Guiyang, provinsi Guizhou dan Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi yang terus dilanda bencana salji dan air beku yang serius.

Difahamkan, barang-barang bantuan tersebut yang berjumlah 210 ribu helai termasuk baju tebal dan selimut yang amat diperlukan oleh mangsa bencana itu. Sebelum ini, sebanyak lebih 170 buah mesin penjana diesel telah dihantar ke Guiyang melalui kereta api. Pada masa ini, mesin-mesin tersebut telah dihantar dengan segera ke pelbagai kawasan yang bekalan elektriknya telah terputus beberapa lama. Jabatan Hal Ehwal Awam Guangxi juga segera membeli beberapa banyak barang tahan sejuk untuk membantu mangsa bencana.

Pada masa ini, jumlah mangsa bencana di Guangxi telah mencecah 10.07 juta orang, manakala angka di Guizhou mencatat 6.87 juta orang. Di beberapa kawasan, belakan air dan elektrik masih belum dipulihkan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |