Wartawan CRI melaporkan bahawa jurucakap Jabatan Penyeliaan dan Pengawalan Makanan dan Ubat-ubatan Negara China, Puan Yan Jiangying menyatakan di Beijing hari ini, jabatan berkenaan China sedang mengambil tindakan untuk menjamin pengeluaran dan bekalan ubat-ubatan ke kawasan bencana.
Ketika bercakap tentang bencana salji yang berlaku di kawasan selatan China, Yan Jiangying menyatakan bahawa jabatan tersebut telah menyediakan mekanisme kecemasan untuk menjamin pengeluaran dan pembekalan ubat-ubatan dan alat-alat rawatan, terutamanya menjamin jumlah simpanan dan bekalan ubat selsema, reput fros dan jangkitan usus. Selain itu, jabatan itu juga telah meningkatkan penyeliaan dan pengawasan terhadap ubat-ubatan dan makanan dan mencegah kejadian yang mengancam keselamatan makanan daripada berlaku di pusat pengangkutan dan jalan raya, yakni tempat yang ramai orang terkandas.
|