Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri China, Wen Jiabao sekali lagi meninjau keadaan bencana salji di provinsi Hunan hari ini.
Pada 28 hingga 30 Januari lalu, Wen Jiabao telah meninjau usaha mengatasi bencana dan pengangkutan awam di provinsi Hunan dan Guangdong dan kembali ke Beijing pada pukul 6.00 petang 30 Januari. Pada hari ini, beberapa kawasan di selatan China telah dilanda ribut salji buat pusingan keempat, maka Perdana Menteri Wen Jiabao kembali ke kawasan bencana pada pukul 2.00 petang tadi.
Pada pukul 4.00 petang tadi, Wen Jiabao telah tiba di Changsha, ibu kota provinsi Hunan dan segera mengadakan mesyuarat dengan pihak-pihak berkenaan untuk mengaturkan tindakan penyelamatan untuk mengatasi bencana.
|