Pelbagai jabatan perniagaan di seluruh China hari ini berusaha memulihkan bekalan hasil pertanian dan barangan makanan di kawasan-kawasan yang dilanda salji menurut arahan Kementerian Perdagangan China.
Jaminan bekalan barangan makanan mencukupi merupakan tugas utama mereka sekarang. Kementerian Perdagangan China meminta jabatan berkenaan menyediakan barangan makanan ke kawasan selatan di samping mengawal peraturan pasaran hasil pertanian dan mencegah perbuatan menaikkan harga barangan.
|