Perantau China di seberang laut dan penduduk Hong Kong dan Makau telah menyumbang derma sebanyak 45 juta Yuan RMB terhadap bencana salji tebal yang melanda di beberapa tempat di China.
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Persatuan Sekerja Hong Kong hari ini mengadakan bilik gerakan di 50 buah tempat di Hong Kong untuk menerima sumbangan daripada pelbagai kalangan masyarakat.
Persatuan Palang Merah dan Tabungan Amalan Pembaca Harian Makau pula memberi sumbangan sebanyak 300 ribu Yuan RMB dan sejuta Pataca kepada kawasan yang dilanda bencana. Pelbagai kalangan masyarakat dan pertubuhan Makau yang lain juga aktif memberi sumbangan terhadap usaha menyelamat bencana itu.
|