Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengarahkan lagi kerja penyelamatan bencana salji ke Provinsi Hunan di bahagian selatan China pada 1 Februari lalu.
Semasa berada dalam kereta api khas ke kawasan bencana di Binzhou, Hunan, pada 2 Februari lalu Wen Jiabao menyatakan, tempoh yang paling sukar masih belum berakhir. Bagaimanapun, kerajaan telah melaksanakan tindakan jaminan pengangkutan yang mencukupi, bekalan elektrik dan kerja-kerja menyelamat mangsa. Kini, pihaknya terus berusaha meningkatkan pelaksanaan pelbagai tindakan tersebut.
Beliau juga menyatakan rasa terharu kerana bantuan dan sokongan rakyat terhadap kerja-kerja menyelamat yang dijalankan.
|