Menteri Sumber Air China, Chen Lei menyatakan, pembangunan projek pengairan mencapai kemajuan yang besar pada tahun 2007. Katanya, pelaburan pembinaan kemudahan pengairan Pusat China mencapai lebih 34 bilion yuan RMB, meningkat 14% berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2006.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara baru-baru ini.
Menurutnya, pada tahun 2007, usaha membina tebatan Sungai Huai telah dibuat. Pembangunan projek-projek utama yang lain juga mencapai kemajuan yang besar. Laporan kajian kebolehlaksanaan projek "menyalurkan air ke utara dari selatan"sudah siap dan akan dikemukakan untuk pelaksanaan.
|