Sehingga semalam, pelbagai kalangan masyarakat China telah menyumbang derma sebanyak 264 juta yuan RMB kepada kawasan selatan China yang dilanda bencana salji tebal.
Derma tersebut dikumpulkan oleh Kementerian Hal Ehwal Awam China, Palang Merah dan Persatuan Amal China.
Pasukan tentera China juga dilaporkan terlibat dalam kerja-kerja menyelamat di kawasan bencana. Sebanyak 630 ratus helai baju tebal telah disediakan untuk dihantar ke wilayah Guangxi, Guizhou, Hunan, Hubei, Anhui dan Jiangxi.
|